Solat Jumaat merupakan kewajipan setiap lelaki Islam yang cukup syarat.
Namun begitu, ada beberapa keadaan yang membuatkan kaum lelaki sukar untuk melaksanakan tuntutan ini. Antaranya ketika melancong dan bermusafir, masa agak singkat dan ada yang terkejar-kejar jadual penerbangan dan sebagainya.
Justeru, perkongsian individu ini (@rarecation) di laman sesawang TikTok , amat membantu apabila rupa-rupanya terdapat masjid di kawasan rooftop Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang jarang diketahui umum.
Menerusi video yang dikongsi @rarecation tersebut, ruang solat itu terletak di bahagian atas lot parkir blok B KLIA.
Pengunjung perlu melintasi lot parkir sehingga ternampak papan tanda yang tertulis ‘Musolla Rooftop Parking Block B‘.
Ruangan tersebut dipercayai telah dibuka sedari Mei 2019, namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan ruangan tersebut.
Ruangan solat tersebut berkonsep terbuka dan dipayungi kanvas putih seperti di Madinah. Ruangan itu dilengkapi 50 unit paip bagi mengambil wuduk, pendingin hawa, kipas siling dan kipas berwap sejuk di semua sudut.
Netizen juga meninggalkan komen bahawa tempat solat itu sering digunakan pekerja lapangan terbang tersebut.
“Haah memang dah lama ada, cuma public ramai taktau. Pernah pegi majoriti yang solat keje airport.. senang diaorang takpayah keluar pegi Masjid KLIA.”
Sememangnya ramai yang tidak tahu akan kewujudan mussola ini.
“Kenapa la aku berebut tunggu turn nak solat kalau atas tu dah ada ruang solat yang besar.”
“Alhamdulillah baru tahu ada, dulu cari masjid sampai Salak Tinggi”