Tular satu video dimana terdapat satu kejadian seorang wanita yang hampir terjatuh dari sebuah kereta yang sedang bergerak di Jalan Magazine, Pulau Pinang malam tadi berpunca daripada pergaduhan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek yang juga suami kepada mangsa sudah ditahan selepas isterinya membuat laporan polis.

apa kes

Kejadian berlaku dekat area Komtar Pulau Pinang

Posted by Bawang Rangers on Sabtu, 29 Ogos 2020

Suspek yang merupakan seorang penganggur mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah namun ujian saringan awal air kencingnya negatif.

Kita turut merampas sebuah kereta Suzuki Swift yang dipandu suspek ketika kejadian.

Cedera di muka dan mulut

Mangsa yang berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mulut dipercayai dipukul suaminya.

Daripada keterangan mangsa, dia bersama suaminya menaiki sebuah kereta namun ketika tiba di Jalan Magazine berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketika itu, pintu penumpang di bahagian hadapan telah terbuka dan mangsa hampir terkeluar dari kereta yang sedang bergerak.

[fbcomments]