Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan dan tiada siapa mampu mengubahnya. Ada ornag jodohnya datang awal, ada orang jodohnya sampai lambat. Ada juga yang jodohnya putus di tengah jalan.


Bergelar ibu pada umur 16 tahun

Semasa kawan-kawan tengah sibuk dan seronok di sekolah pada usia 16 tahun, siapa sangka remaja ini sebenarnya telah bergelar ibu!

Itulah yang dialami oleh pemilik akaun TikTok Syadiranor yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pada 7 Jun 2020 lalu.

@syadiranor

alhamdulilah🥰 taksangka dah jadi seorang ibu😘 to NairaAleena untung awak dapat mumy muda😛 boleh tiktok together nnt hehe

♬ when i look at you – audiobear

Bakal ambil SPM

Dalam video lain pula, kelihatan ibu muda ini lengkap mengenakan seragam sekolah dan memberitahu akan menduduki peperiksaan SPM.


Walaupun sudah mempunyai keluarga dengan anak yang masih kecil, namun nampaknya remaja ini turut tidak mengabaikan pelajarannya dan tekad untuk menduduki SPM.

[fbcomments]