Surau yang diperbuat dar kayu dinamakan Langgar Rindu di Kampung Rhu Tapai, Merang merupakan hasil keringat dan kudrat tulang empat kerat dibina untuk diabadikan sebagai rumah ibadat bagi komuniti setempat.
Bahkan, pintu rumah ibadat ini terbuka luas bagi tempat persinggahan untuk mereka yang bermusafir untuk menunaikan solat. Haji Abdul Karim Embong, ataupun dikenali sebagai Pok Su, berjaya membina surau dengan seni bina unik ini dengan hanya menggunakan kayu pokok tembesu terbuang serta kayu cengal.
Teruja dengan seni bina Surau Langgar Rindu
Menteri Hal Ehwal Agama, Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri juga sempat berkongsi keterujaan beliau menjejakkan kaki ke Surau Langgar Rindu pada hari ini sewaktu berada di negari Terengganu.
Dr Zulkifli turut sarankan orang ramai yang melalui jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai untuk singgah solat disitu sambil menikmati keindahan senibinanya.
Nampaknya ramai warga maya yang terpegun: