Berita baik buat peminat seni di luar sana; Anda berpeluang menghadiri pameran Van Gogh Alive yang bakal diadakan di Pavilion Bukit Jalil bermula 17 Disember ini.
Pameran yang akan berlangsung dari 17 Disember hingga 16 Mac 2023 ini akan diadakan di tingkat 3 shopping mall tersebut dan berkeluasan sehingga 20 000 sq ft. Lukisan popular Vincent Van Gogh iaitu The Starry Night dan Sunflowers akan dipancarkan melalui projector dari lantai ke siling bagi memberi efek hidup kepada lukisan tersebut.
Pameran ini dikatakan berbeza dari pameran seni yang lain kerana pengunjung berpeluang berinteraksi dengan hasil kerja yang dipamerkan. Pengunjung akan dikelilingi pencahayaan berwarna-warni, warna-warna terang, bunyi dan bau yang memberi pengalaman multi-sensory yang tak dapat dilupakan. Anda juga boleh menyaksikan hampir 3000 lukisan Vincent Van Gogh dalam skala besar.
Van Gogh Alive telah menjelajah 80 bandar di seluruh dunia dengan pengunjung melebihi 8.5 juta.
Walaupun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pavilion Bukit Jalil, pengunjung sudah boleh membeli tiket early bird berharga RM 46/pax (Normal price: RM 75) di laman web CloudJoi, dari hari ini hingga 5 Disember.
Maklumat lanjut di: Van Gogh Alive