fbpx

Difahamkan syarikat-syarikat penerbangan di bawah / dalam Kumpulan AirAsia akan menyambung semula penerbangan domestik bermula 29 April 2020.

Menurut Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia Bo Lingam, dalam satu kenyataan memberitahu penyambungan semula perkhidmatan tersebut adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih sahaja.

“Penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.”

Jelas Bo Lingam lagi, syarikat penerbangan tambah murah itu turut mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan yang bertugas.

“Justeru, kami bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan.

“Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.”

Pelanggan kini hanya dibenarkan bawa satu bagasi 5kg ke bawah masuk dalam kabin. Sama ada ia adalah beg laptop, beg tangan atau bagasi kecil. Saiz bagasi tersebut tidak boleh lebihi ukuran 40cm x 30 cm x 10cm.

Menurut laman web rasmi Air Asia, langkah Ini adalah untuk memastikan setiap pelanggan mengamalkan penjarakan sosial.

Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Difahamkan ini pula adalaha design terbaru baju uniform untuk krew kabin AirAsia buat tempoh ini. Betul ke?

[fbcomments]