Bagi individu yang bekerja dan menetap di Tanah Suci, mereka umpama insan yang bertuah kerana dapat merasai pengalaman beribadat dan berbuka puasa di hadapan kaabah dengan penuh ketenangan pada tahun ini.
Beberapa orang yang bernasib baik berpeluang berbuka puasa di hadapan Kaabah.
Biasanya Masjid penuh pada bulan Ramadhan dengan ribuan biji kurma dan cawan air disebarkan untuk orang ramai berbuka puasa.
Semoga semua umat Islam berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci apabila wabak Covid-19 ini berakhir kelak. Amin.