Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi di Madinah.
Pengumuman Kementerian Luar negara melalui Twitter, hari ini, menyebut langkah itu susulan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19.
Kerajaan Arab Saudi turut menggantung visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus. Ini kerana ibadah umrah menarik kemasukan ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun.
Selain itu, kementerian berkenaan meminta rakyat Arab Saudi supaya tidak berkunjung ke negara yang menghadapi penularan COVID-19.